Thursday 26 November 2015

Filled Under:

Wowww !!! Siapakah ARTIS Wanita Popular Yang MIRIP Siti Nurhaliza Ini??? APA YANG SAMA ???

#$%C0MELNYA!!! Mungkin itu ungkapan paling c0c0k buat R0ssa, si pelontar lagu Pudar yang kini kerap diputarkan di corong-corong radio tempatan....

Dan tidak salah kalau dikatakan wajah comel milik isteri Y0y0,,, pemain dram kumpulan Padi itu mirip wajah penyanyi kesayangan ramai, Siti Nurhaliza....

Dan jujur sahaja katanya,,, dia tidak kisah dianggap memiliki wajah seiras penyanyi yang heboh dig0sipkan bercinta dengan Datuk K itu....

``Dia kan cantik!'' Itu ungkap R0ssa. Tapi dia juga tertanya-tanya dimanakah persamaan wajahnya dengan penyanyi popular itu....

``Apanya yang serupa ya??? Memang selalu dibilang orang wajah saya mirip Siti malah ibu saya menyangka saya melahirkan klip vide0 baru apabila melihat klip video Siti, Aku Cinta Padamu, ketika Siti memperkenalkan albumnya itu di Indonesia....

``Sewaktu saya ke KLCC untuk membeli-belah semalam juga ada peminat yang ingat saya Siti,'' ceritanya ramah kala pertemuan dengan Mega dalam rangka promosi di Kuala Lumpur terhadap album terbarunya, Kembali, baru-baru ini....

Mahu atau tidak, memang tidak boleh dinafikan, adanya perubahan agak ketara pada wajah Rossa berbanding wajahnya dahulu; sewaktu mula-mula hadir di negara ini mempromosikan album Tegar kira-kira lima tahun lalu....

Dan Rossa yang begitu dikenali namanya di kalangan peminat tempatan lantaran populariti lagu Tegar, tidak menolak anggapan itu...

Malah dalam tawa bicaranya dengan Mega selepas sesi f0t0 baru-baru ini, katanya, ``Waktu itu saya gendut (berisi) ya! Lucu sekali...''

Namun kemudian Penyanyi Wanita Terbaik Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2001 dan 2002 yang menjangkau usia 27 tahun itu memberitahu, mengapa berlaku perubahan pada dirinya....

``Sebenarnya perubahan itu kelihatan kerana dulu saya masih anak-anak, sekarang saya sudah dewasa, sudah matang malah sudah jadi isteri orang....

``Justeru, tentu sahaja sesuai dengan kematangan itu, saya semakin yakin dengan diri dan lebih penting, sudah pandai berpenampilan,'' jelasnya.

Menjaga setiap inci tubuh

Mengakui dirinya seorang yang mementingkan kecantikan, Rossa juga memberitahu amat menitik beratkan soal penjagaan kesihatan.

``Untuk kekal cantik, saya menjaga setiap inci tubuh,'' kata si kecil molek yang memiliki berat badan 45 kilogram dengan ketinggian 155 sentimeter itu.

``Saya melakukan suntikan vitamin C, kolagen dan plasenta untuk menjaga kemulusan dan kecerahan kulit.

``Iya, pantas sahaja artis seperti saya melakukannya kerana wajah sering di mekap tebal hampir setiap hari.

``Sedangkan kulit juga perlukan nutrasi (nutrien) untuk mengekalkan kecantikannya,'' akui Rossa.

Bagaimana dengan Botox? Apabila di aju soalan itu, selamba dia menjawab: ``Tidak perlu! Saya masih muda kan... kecuali kalau umur sudah meningkat, mungkin wajar juga melakukannya.''

Dan penyanyi yang digelar Ruth Sahanaya Kecil oleh peminat di negaranya lantaran kemiripan vokal mereka, pantas menjerit ketawa saat dikata melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan wajahnya.

``Waduh! Saya tidak buat itu semua dong! Malah saya langsung tidak percaya.

``Dan saya juga tidak suka dengan jamu. Selain kerana rasanya yang pahit, jika tidak betul pengambilannya boleh merosakkan ginjal.''

Jadi apa yang dilakukan Rossa untuk mengekalkan kejelitaannya?

``Cuci muka itu perlu. Saya selalu mencuci wajah dengan susu pembersih dan setiap bulan pasti melakukan rawatan facial.

``Oleh kerana saya suka makan, saya harus menjaga badan dan kesihatan. Lalu untuk itu, saya mengupah jurulatih peribadi yang datang ke rumah melatih saya tiga kali seminggu,'' kata pemilik suara melankolis yang nama sebenarnya, Sri Rossa Rosliana Handiyani itu lagi.

Sesuai minatnya pada makanan, Rossa juga mengakui dirinya jaguh memasak. Suka bereksperimen, katanya, `guru masaknya' adalah Yuni Shara, kakak Kris Dayanti.

``Paling hebat memasak Nasi Kunyit dan Ayam Serai. Begitu juga dengan Beef Steak Jawa,'' kata Rossa yang juga gemar mencuba resipi yang terkandung dalam majalah masakan Femina.

``Oh! Saya juga sangat obses dengan kasut. Paling suka dengan Prada dan untuk ke mari, saya membawa kira-kira 15 pasang kasut untuk dipadankan dengan pakaian yang dibawa,'' tambahnya sambil mempamerkan koleksi sepatu yang terdiri daripada jenama Prada, Gucci, Mui Mui dan Tods itu.

Menurut graduan Sarjana Komunikasi dari Universiti Indonesia itu, dia suka berbelanja di Singapura.

``Kerana mudah mendapatkan kasut saiz yang kecil, sesuai kaki saya selain kerana koleksinya terkini.''

Bahagia bergelar isteri

Diusik perkahwinannya dengan Surendro Prasetyo alias Yoyo yang dilangsungkan pada 18 Mac tahun lalu, Rossa mengakui bahagia bergelar isteri.

``Seronok sudah berteman dan paling penting, semua jadi halal,'' katanya tersenyum nakal.

Malah lagu Wanita Yang Kau Pilih yang terkandung dalam album Kembali, kata Rossa adalah lagu istimewa buat suaminya.

``Ia lagu surprise untuk perkahwinan kami,'' kata si ramah yang sememangnya terbuka memperkatakan tentang diri dan kerjayanya.

Dicipta oleh temannya, Aldino Amirta Purwaji, lagu itu diterbit dan disusun muziknya oleh Yoyo.

...

Lagu untuk bekas kekasih

Tambah anak Sumedang, Jawa Barat yang lahir pada 9 Oktober 1978 itu lagi;

``Dalam album ini juga ada sebuah lagu, Bicara Pada Bintang yang diinspirasikan daripada bekas teman lelaki saya yang dicipta teman baik saya, Melly Goeslow.

``Memang dia pasti tahu lagu itu ditujukan kepadanya kerana saat kami pacaran, katanya, kalau saya merindu, carilah bintang paling cerah dan ngomong (cakap) padanya dan dia akan merasai.

``Memang dulu, kalau saya kangen (merindui) si dia, saya akan merenung bintang dan pasti tidak lama kemudian dia menghubungi saya,'' ceritanya.

Sambil memberitahu, Melly hanya mengambil masa selama 10 minit untuk mencipta melodi tersebut, kata Rossa, Yoyo juga mengetahui tentang lagu itu.

``Dia tidak langsung cemburu malah suka mempersendakan saya dengan lagu itu.''

Menganggap album Kembali sebagai sesuatu yang peribadi, tegas Rossa, ia merupakan suatu injakan kepada pembabitannya dalam industri seni yang bermula ketika usianya 10 tahun.

``Album ini merupakan impak kematangan hidup saya selain pemikiran dan penampilan diri,'' jelasnya yang sebelum ini melahirkan Untukmu Sahabat (1988), Nada-Nada Cinta (1996), Tegar (1999), kompilasi Hati Yang Terpilih (2000), Kini (2002) dan repackage Kini dengan lagu baru Malam Pertama (2003).







0 comments:

Post a Comment