Sunday 23 July 2017

Filled Under:

Sayu : Foto selfie 6 sahabat sebelum kemalangan .. Aimi dan Danisyah maut pulang kendur



Seri Iskandar : Kegembiraan 6 sahabat yang terdiri dari pelajar wanita UITM Tapah untuk menghadiri kenduri kahwin bertukar tragedi apabila dua dari mereka maut dalam kemalangan ngeri tengahri semalam.
Semasa kejadian dikatakan mereka baru pulang dari menghadiri kenduri kahwin,Aimi Naziha Mohd Zamri,18, dan Nur Danisyah Mohd Roslan ,18, maut manakala 4 lagi rakan mereka parah.
Dalam kejadian tengahari itu kereta Gen2 yang dinaiki mereka dirempuh Van milik UITM ketika membuat pusingan U di depan Sekolah Kebangsaan Raja Chulan Kampung Gajah menyebabkan Aimi dan Danisyah maut.
Apa yang paling memilukan mereka sempat bergambar bersama didalam kereta Gen 2 tersebut sebelum memulakan perjalanan, foto tersebut dimuat naik kelaman sosial Aimi Naziha.
Selepas kemalangan itu satu sayu melihat mereka bergelimpang kesakitan impak kemalangan terbabit, baru tadi mereka gembira dengan bergambar bersama kini mereka terbaring ditepi jalan dan dua dari mereka terbaring kaku dijemput yang maha esa.
Jenazah Aimi akan disemadikan di Keramat Kuala Lumpur mana kala jenazah Danisyah akan disemadikan di Sungai Chua Kajang,sama-sama kita doakan agar keluarga mereka yang terlibat tabah dan roh kedua-dua tenang disana untuk 4 yang cedera semoga cepat sembuh. Al fatihah




0 comments:

Post a Comment