Friday 30 June 2017

Filled Under:

Sayu : Kejam!! Lelaki Bertopengkan Iblis Ro9ol Bayi 3 Bulan Di Hari Raya (2Foto)

Kejam!! Lelaki Bertopengkan Iblis Ro9ol Bayi 3 Bulan Di Hari Raya

Binatang!! Itulah yang selayaknya digelar untuk lelaki ini. Apabila nafsu serakah menguasai diri, sanggup melakukan perkara terkutuk yang memalukan! 

Seorang bayi perempuan berusia 3 bulan lapan hari disyaki menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Rhu Muda.

Dilaporkan kejadian berlaku ketika bayi terbabit ditinggalkan keluarga di rumah milik saudara keluarga mangsa ketika berhari raya, sebelum masing-masing keluar bermain di pantai yang berhampiran pada waktu petang.

Menurut info, ibu mangsa menyedari kejadian menimpa anaknya apabila mahu memandikan bayi terbabit ketika berada di rumahnya di Kampung Binjai, Kemaman pada keesokkan hari.

Ketika memandikan bayi berkenaan, wanita terbabit mendapati ada kesan kemasukan objek pada kemaluan anaknya sebelum membawa ke klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

Mengesyaki sesuatu berlaku terhadap bayi itu menyebabkan hospital menghubungi polis bagi siasatan lanjut, katanya.

Menurutnya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai.

Katanya, siasatan yang dijalankan susulan laporan itu membantu pihaknya menahan seorang lelaki.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Lelaki terbabit yang baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ditahan di rumahnya di Kampung Rhu Muda.

Sehingga kini, siasatan masih dijalankan termasuk menunggu laporan lengkap pemeriksaan daripada hospital.




0 comments:

Post a Comment