Monday 26 June 2017

Filled Under:

SubhanAllah : Mengerikan! Penduduk kampung Terkejut Anak Kambing Lahir Mirip Seperti Wajah Manusia

BERITA kelahiran seekor anak kambing yang kelihatan seperti separuh binatang dan separuh manusia telah mencetuskan ketakutan di kalangan penduduk di Lady Frere di Afrika Selatan kerana mereka percaya ia `dihantar’ oleh syaitan.
Ia juga menyebabkan 4,000 penduduk di situ yakin ahli sihir telah membantu kelahiran anak kambing berkenaan.
Disebabkan ketakutan tersebut, Jabatan Veterinar terpaksa menghantar pakar untuk melakukan ujian ketika gambar binatang tersebut tersebar dengan pantas umpama api yang sedang marak.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Lubabalo Mrwebi, sekali pandang memang anak kambing yang dilahirkan mati itu nampak seperti separuh menusia tetapi ia bukan bahagian badan manusia.
“Kami boleh mengesahkan bahawa gambar itu bukan palsu dan ia merupakan anak kambing yang dilahirkan di Lady Frere pada minggu ini,’’ katanya.
Keadaan itu berlaku disebabkan ketika dalam kandungan ibunya, ia telah dijangkiti demam Rift Valley, yang dibawa oleh nyamuk.
Justeru katanya adalah mitos sama sekali bahawa air mani manusia boleh menyebabkan pembentukan seperti itu.
Susulan itu Jabatan Veterinar kini sedang menjalankan bedah siasat secara rasmi dan hasilnya akan dimaklumkan kepada penduduk yang kini dalam ketakutan.
Sementara itu, salah seorang penduduk berkata, dia dimaklumkan oleh orang tua-tua di situ bahawa kambing berkenaan merupakan hasil persetubuhan antara manusia dengan kambing.
“Ia menyebabkan ramai yang takut dan mereka tidak akan puas hati sehinggalah kambing itu dibakar,’’ katanya.




0 comments:

Post a Comment