Friday 30 June 2017

Filled Under:

Sejuk lihat jasad Ustazah dalam senyum .. Raya terakhir Ustazah Zahidah bersama dua anak saudara (8Gambar)

Bagan Datuk : "Sejuk je tengok jasad arwah tadi..anak murid kata ustazah senyum, luahan sayu seorang anak murid SRITI Muallim memberitahu kepada ayahnya selepas melihat wajah terkahir ustazah yang disayanginya, hanya doa mengiringi Ustazah dan 2 anak saudara nya moga tenang disana "
Harian metro melaporkan tiga sekeluarga termasuk bayi dan kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam parit di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, semalam.
Dalam kejadian 2.30 pagi itu, guru sekolah agama di Slim River, Zahidah Abdul Wafir, 31, maut di lokasi kejadian manakala anak saudaranya, Uwais Al Qarni Mohamad Salleh berusia tujuh bulan dan Asma Basyirah Mohamad Salleh, 2, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) 10.36 pagi hari yang sama.






Mangsa menaiki kereta bersama ibu bapa kanak-kanak berkenaan serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang turut mengalami kecederaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Superintendan Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Hutan Melintang.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri bahu jalan dan masuk ke dalam parit.
Yahaya berkata, hasil bedah siasat dijalankan pihak HTI mendapati guru wanita berkenaan meninggal dunia akibat lemas.
“Bedah siasat terhadap kanak-kanak dan bayi berkenaan mendapati kedua-duanya meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.
“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati jalan berkenaan adalah jalan lurus dua lorong dan tiada lampu jalan.
“Terdapat kesan tayar pada bahu jalan pada sebelah kiri dipercayai kesan terbabas, “ katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan, dua jenazah kanak-kanak berkenaan disolatkan di Surau Abdul Jali, Simpang 4, Rungkup, Bagan Datuk sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Simpang 4, Rungkup, Selekoh Bagan Datuk semalam. Al fatihah 




0 comments:

Post a Comment